Konsulat Jeneral Malaysia Medan Gelar Majlis Makan Malam Hari Kebangsaan Malaysia ke-68
MEDAN - Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah mengadakan Majlis Makan Malam bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 di JW Marriott Hotel Medan, pada 23 September 2025.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih 300 orang tetamu jemputan dari kalangan para pegawai pemerintah Provinsi Sumatera Utara, Provinsi Sumatera Selatan, Provinsi Sumatera Barat dan juga Provinsi Aceh, kor diplomatik serta tokoh-tokoh masyarakat Indonesia di Sumatera khususnya daripada sektor perniagaan, perbankan, kesihatan dan pelancongan.
En. Shahril Nizam Abdul Malek, Konsul Jeneral Malaysia di Medan dalam ucapannya, telah berkongsi bahawa Malaysia kini sedang dalam landasan menuju status negara maju dan berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun selari dengan aspirasi kerangka Ekonomi Madani.
Ekonomi Malaysia berkembang dengan mapan sebanyak 5.1 peratus pada tahun 2024 dan dan 3.6 peratus pada tahun 2023.
Tahun 2024 juga menyaksikan Malaysia mencatatkan rekod tertinggi pelaburan dalam Sejarah Sebanyak RM378.5 Bilion dan menjana lebih 207,000 pekerjaan pada 2024. ‘World Competitiveness Ranking’ 2025, telah meletakkan Malaysia di tangga 23 iaitu naik 11 anak tangga dari tahun 2024.Belaiu juga menyatakan bahawa Malaysia berbangga menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 dengan tema ‘Inklusiviti dan Kelestarian’.
Malaysia selaku pengerusi Asean telah menggembleng usaha untuk menyumbang kepada keamanan dan keselamatan di rantau ini melalui kerjasama dan kolaborasi yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN.
Berkenaan hubungan dua hala Malaysia - Indonesia, Beliau juga menegaskan bahawa Padatahun 2024, Indonesia merupakan mitra dagang ASEAN ke-2 terbesar dan mitra dagang globalke-7 terbesar bagi Malaysia.
Jumlah perdagangan dua hala pada tahun 2024 bernilai USD25.50billion (RM116.29 bilion), peningkatan sebanyak 4.5% berbanding USD24.39 bilion (RM111.21bilion) yang dicatatkan pada tahun 2023. Pada tingkat Provinsi, nilai dagangan antara Malaysia dengan Sumatera Utara telah direkodkan melebihi USD1 billion pada tahun 2024 dan Malaysia merupakan pelabur ASEAN ke-dua terbesar di Sumatera Utara.
Dalam bidang pelancongan, Malaysia menerima ketibaan 38 juta pelancong asing yang mana 4,1 juta orang merupakan pelancong dari Indonesia iaitu hampir 20% peratus kenaikandaripada tahun 2023. Sehingga Jun 2025, kedatangan pelancong dari Indonesia telah mencapai 2,197,288 orang. Ini meningkat 14,8 peratus dibanding tempoh yang sama pada 2024.
Indonesia adalah pasaran pelancongan kedua terbesar bagi Malaysia dan Malaysia merupakan pasaran pelancongan terbesar bagi Indonesia.
Dalam ucapan balasnya, Bapak Drs. Basarin Yunus Tanjung, Asisten Pemerintahan dan Kesejahteraan Rakyat yang hadir mewakili Pemerintah Provinsi Sumatera Utara telah menegaskan bahawa. Kehadiran Konsul Jeneral berperanan sebagai jambatan persahabatan antara Malaysia dan Sumatera, dengan memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pendidikan, budaya, dan masyarakat.
Peranan ini bukan sahaja memastikan wujudnya persefahaman yang lebih mendalam antara kedua-dua pihak, tetapi juga membuka ruang kerjasama strategik yang memberi manfaat bersama.
Konsulat Jeneral menjadi simbol komitmen Malaysia dalam membina hubungan yang erat, saling menghormati, dan berpanjangan dengan Sumatera.
Pada majlis tersebut, para tetamu telah dihidangkan dengan makanan tradisional Malaysiaseperti sate, roti canai, nasi ayam hainan, nasi lemak, kuih-muih serta teh tarik. Para tetamu jemputan juga telah dihiburkan oleh persembahan kebudayaan khas tarian dan nyanyian agu-lagu popular Malaysia.
Dari Aceh hadir Wali Nanggroe Tgk Malek Mahmud Al-Haythar dan Tarmizi Age (Almukarram) Ketua Influencer Aceh (BP) Mualem - Dek Fad. Wali Nanggroe menyampaikan beliau sangat dekat dengan Malaysia, sekalipun beliau lahir di Singapura. Begitu juga Aceh.
Tarmizi Age berharap Malaysia bisa membantu anak-anak Aceh beasiswa agar bisa menimba ilmu di negara itu, hingga bisa belajar di Petronas. Kemudian adanya kerja sama bidang pertanian, perkebunan, perikanan, kelautan, dan hal-hal lain diberbagai bidang kandungan bumi Aceh yang kaya.